19 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H di Madrasah Al-Hidayah

0 comments

Sambutan maulid akbar Madrasah Al-Hidayah yang diadakan pada 16 Feb 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433H baru-baru ini amat meriah dan menarik dengan setup pentas penceramah yang dihiasi dengan 'backdrop' yang menarik dan juga dilengkapi dengan sokongan lampu sorot yang disewa khas menyerlahkan lagi seri suasana majlis pada malam itu.


Penceramah undangan yang dibawa dari Hadramaut, Yaman iaitu Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Dar Mustafa dan juga murid kanan kepada ulama' tersohor Habib Umar Al-Hafiz.



Majlis yang bermula dari selepas solat maghrib ini dibuka dengan persembahan qasidah oleh pelajar dari Madrasah Darul Muhajirin yang lebih dikenali dengan Pondok Bukit Jong dan juga adik-adik pelajar Ribath Syeikh Abdul Malik, Pulau manis, Serada. Ruang solat madrasah terpaksa dikhaskan untuk jemaah muslimin sahaja sementara untuk para muslimat dibuka ruang di tingkat atas bahagian madrasah. Ini adalah untuk menampung pengunjung yang hadir pada malam itu.






Acara kemuncak majlis bermula selepas solat isyak, di pentas utama yang disediakan di luar madrasah. Sementara menanti ketibaan Al-Habib, para pengunjung dihidangkan dengan persembahan qasidah oleh pelajar Madrasah Al-Hidayah yang diketuai oleh Ustaz Fendi yang lebih mesra dikenali dengan panggilan 'tok imam'. Qasidah 'Ya Rasulullah' yang dibawa bersama oleh Hafizullah dan Syed Amir adalah sebagai pembuka majlis bagi acara kemuncak ini dan diteruskan lagi dengan bacaan maulid dhiya ullami.





Tausiyah oleh Al-Habib pada malam itu walaupun ringkas tapi padat dengan nasihat dan peringatan kepada kita semua. Semoga dengan kedatangan Al-Habib pada malam itu sebagai penyebab turunnya barokah kepada para hadirin dan hadirat sekelian. Insya Allah.




























baca seterusnya...

02 January 2012

Qasidah Ya Rasulullah

0 comments

Hari Rabu 28 Dis 2011, Madrasah Al-Hidayah telah dikunjungi oleh Syeikh Youssef Al-Hasani. Kedatangan Syeikh yang tidak dijangka ini, walaubagaimanapun berjaya diatur dan berjalan dengan lancar.

Difahamkan Syeikh sampai ke Kuala Terengganu pada pukul 5 petang bersama dengan beberapa orang muridnya. Program bermula selepas daripada solat maghrib. Walaupun tazkirah yang sampaikan oleh Syeikh ringkas tetapi mengandungi mutiara-mutiara yang tidak ternilai harganya.

video
(Qasidah pelajar Madrasah Al-Hidayah) baca seterusnya...

02 October 2011

Habib Najmudin Al-Hawi bersama Habib Al-Hadi

0 comments

Sempena dengan Program Majlis Haul yang diadakan di Masjid Zainal Abidin (Masjid Putih) pada 30 Sept 2011, dilangsungkan juga satu Seminar Perdana yang membentangkan kertas kerja dan syarahan. Tajuk berkenaan "Imam Al-Hadad dan Pemikirannya". Dalam program ini, ulama' jemputan dari dalam dan luar negara yang hadir adalah antaranya Habib Al-Hadi dari Indonesia dan habib Najmuddin Al-Hawi dari dalam negara.

Alhamdulillah dengan kesempatan ini, pihak Madrasah Al-Hidayah telah menjemput kedua-kedua mereka ini untuk mengadakan majlis Ratib Hadad dan Maulid Dhiya Ullami pada malam sebelum program di Masjid Putih.



Program dimulai dengan solat maghrib berjemaah. Para jemaah mula memenuhi ruang madrasah sebaik solat maghrib dimulakan. Sejurus selepas solat, Al-Habib pun tiba dengan dijemput oleh jemaah Al-Hidayah dari tempat penginapan beliau di Permai Park Inn.



Majlis dimulai dengan bacaan Ratib Hadad yang dipimpin oleh Habib Najmuddin. Selepas dari solat Isya', majlis diteruskan lagi dengan Maulid Dhiya' Ullami yang dipimpin oleh pelajar Madrasah Al-Hidayah.







Selesai Maulid Dhiya Ullami, majlis diteruskan lagi dengan tausiyyah oleh Habib Najmuddin dan kemudian oleh Habib Al-Hadi dari Indonesia. Majlis ditutupi dengan bacaan Solawat ke atas Rasulullah dan para jemaah diberi peluang untuk bersalam-salaman dengan Al-Habib. Majlis bersurai kira-kira jam 10.40 malam.

Walaupun hujan tetapi sambutan malam itu agak meriah dengan kehadiran para jemaah. Insya Allah nanti pada awal bulan Oktober 2011, Syeikh Rohimuddin akan berkunjung lagi ke Madrasah ini. Sama-samalah kita mengambil manfaat dari program yang dianjurkan ini.




























baca seterusnya...

09 June 2011

Majlis Ilmu bersama Kiyai Yassin Uni dan Habib Ali dari Surabaya

0 comments


* dari kiri:Habib Ali, Kiyai Yasin Uni

1 Jun 2011 - Madrasah Hidayah telah dikunjungi oleh dua orang ahli ilmu iaitu Kiyai Yasin Uni dan Habib Ali yang berasal dari Indonesia. Majlis yang tidak dirancang ini bermula selepas solat maghrib. Seperti biasa sebagai pembukkan majlis bacaan qasidah dimulai dahulu. Tapi kali ini bacaan qasidah hanya dibawakan oleh pelajar dari Pondok Bukit Jong sahaja kerana kebetulan pada waktu ini kesemua pelajar Madrasah Hidayah sedang bercuti.


*pelajar pondok bukit jong sedang mendendangkan qasidah





Walaubagaimanapun majlis ini tetap berseri dengan kehadiran jemaah yang agak ramai walaupun tidak sempat untuk mengumumkan kepada kesemua jemaah.



Difahamkan pada sebelah paginya rombongan ini telah berkunjung ke Pondok Kubang Bujuk (tempat tabligh) dan pada tengaharinya pula, diadakan majlis di Pondok Bukit Jong. Dan pada sebelah malamnya pula barulah diadakan di madrasah Hidayah.




* majlis di Pondok Bukit Jong

Walaupun program ini tidak dirancang lebih awal tetapi perjalanan majlis pada malam itu agak baik dan tausiyah yang diberikan oleh kedua-dua Kiyai dan Habib itu begitu bermakna dan ada pengajaran dan iktibar yang berguna..insya Allah.

[Foto sekitar Majlis]





















baca seterusnya...

Al-Hidayah Album

Loading...

PERINGANTAN & AMARAN

Ruangan ini bukan dibuka untuk berhujah..hanyalah untuk bersembang dan bertanya khabar dan perkara-perkara yang sihat sahaja..
harap reti...

SEMBANG & NOTIS

ONLINE

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Galeri Hidayah | e-mail madrasahidayah@gmail.com