19 April 2010

Tulisan Dr. Asri di Malaysikini Mengandungi Hasutan Terhadap Agama dan Institusi Raja-Raja Melayu.


Semalam satu laporan polis telah dibuat keatas Dr. Asri berhubung dengan tulisan beliau di malaysiakini yang bertajuk "Cabaran Gerakan Pembaharuan bertarikh 10 April 2010 dalam ruangan kolum.

diantara petikan laporan yang dibuat adalah seperti berikut :

Kami merujuk kepada tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk “Cabaran Gerakan Pembaharuan” bertarikh 10 April 2010 yang lepas. Tulisan ini yang merupakan tulisan kedua dalam ruang kolum baru yang diberikan kepadanya oleh laman web berita Malaysiakini (edisi Bahasa Melayu).

Sesudah membaca dan mengulang-baca tulisan tersebut, kami yakin bahawa secara keseluruhan dan dibeberapa tempat dalam tulisan tersebut secara khusus, Dr. Asri telah melampau batas dalam mengemukakan pandangan dan komentarnya hingga ke tahap melanggar beberapa undang-undang Negara terutamanya Akta Hasutan 1948.

Hasutan dianggap suatu kesalahan besar kerana ia adalah tindakan melampau yang boleh meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi Negara dan sistem bernegara sehingga boleh mengakibatkan timbulnya ketegangan, ketidak-stabilan dan huru-hara dalam masyarakat. Untuk mengelakkan bahana ini, Akta Hasutan memperuntukan definisi hasutan sebagai termasuk, “kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan persaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.” (seksyen 3(1)(a)Akta hasutan 1948)


Dr Asri dalam tulisannya jelas cuba menimbulkan krisis keyakinan terhadap institusi-institusi rasmi islam yang utama di Malaysia iaitu institusi Raja-raja dan ulama. Perlu juga diingat bahawa Raja-raja adalah salah satu daripada tonggak Negara. Jika kredibiliti institusi raja-raja telah berjaya dirobek daripada satu sudut, ia akan turut menjejaskan kemampuan institusi tersebut untuk berperanan dengan berkesan secara keseluruhannya.

Dalam tulisan tersebut beliau ini Dr. Asri jelas cuba menggambarkan bahawa pihak Raja-raja Melayu atau pihak istana telah menjadi penghalang kepada aliran pembaharuan agama kerana tunduk kepada penjajah serta kerana telah diampu oleh para ulama yang beliau istilahkan sebagai anti pembaharuan. Berikut dinukilkan antara petikan tulisan tersebut uang berkaitan :

1. “Namun disebabkan sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis di tangan Abu Bakar Ashaari. Namun di negeri-negeri lain, golongan pembahruan gagal untuk mengikuti kehendak dan karenah istana.

2. ( Dibawah tajuk kecil “Enggan Mengampu”) “Golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menurut kehendak istana. Mereka adakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja. Mereka diamkan tindakan-tindakan istana yang tidak serasi dengan agama.”

3. “Hasilnya, kuasa istana pun digunakan untuk menindas gerakan pembaharuan. Apatah lagi istana juga tahu sikap para reformis amat tidak secucuk dengan budaya mengampu dan mesra penjajah.

4. “Akibat penggunaan kuasa istana, para reformis agama ini terpaksa berlindung di Negeri-negeri Selat yang tidak mempunyai kuasa istana. Maka kita lihat sepanjang sejarah tokoh-tokoh reformis tertumpu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Dinegeri-negeri ini sahaja gerakan pembaharuan tidak dipintas atau diganggu oleh kuasa istana”.

5. “Ternyata saki0baki kuasa istana masih cuba digunakan oleh sesetengah pihak, namun kita berharap kematangan fikiran rakyat satu hari akan dapat melumpuhkan penyalahgunaan kuasa ini.

Membaca tulisan ini, pembaca akan mendapat gambaran bahawa pihak Raja-raja Melayu (kecuali di negeri yang disebut oleh beliau) sebagai mereka yang membelakangkan kepentingan islam hanya kerana tunduk kepada penjajah dan ampuan ulama yang tidak sealiran dengan ‘gerakan pembaharuan’. Raja-raja Melayu juga digambarkan seolah-olah tidak mampu menilai yang baik dan buruk dalam urusan agama hanya kerana termakan ampu dan puji. Para ulama yang tidak sealiran pula digambarkan sebagai bersedia untuk membelakangkan islam demi pengaruh dan kuasa. Istana digambarkan penuh dengan khurafatdan perkara yang bercanggah dengan islam yang dibiarkan sahaja oleh mereka. (rujuk juga mesej yang sama dalam tulisan beliau dalam kolum yang sama seminggu sebelumnya bertajuk “Kuasa Politik dan Kuasa Agama”, Malaysiakini, edisi Melayu, 28 Mac 2010). Turut jelas dalam tulisan beliau , Dr Asri cuba memberi gambaran negative dan menghakis terhadap keyakinan terhadap autoriti agama dihampir kesemua negeri-negeri dinegara kita.

Kami percaya bahawa dengan kenyataan-kenyataan beliau ini, selain daripada mengancam keutuhan Islam dan umatnya di Malaysia, Dr. Asri sudah melanggar beberapa batas undang-undang Negara. Kadaulatan undang-undang adalah salah satu rukun negara ini. Kami menuntut hak kami sebagai warganegara agar undang-undang Negara ini memelihara kami, masyarakat dan Negara daripada ancaman dan kerosakan yang boleh terhasil akibat tulisan sebegini. Kepercayaan kepada Tuhan dan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara juga merupakan paksi-paksi Rukunegara. Kami percaya tulisan sebegini sangat bercanggah dengan kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi Negara serta ketinggian institusi Raja-raja sebagai paying negara dan agama. Tulisan ini juga cuba memberikan imej yang buruk terhadap para tokoh ulama tanah air, dulu dan kini, terutamanya yang berperanan secara rasmi dalam pentadbiran agama Islam.

0 comments:

Post a Comment

Al-Hidayah Album

Loading...

PERINGANTAN & AMARAN

Ruangan ini bukan dibuka untuk berhujah..hanyalah untuk bersembang dan bertanya khabar dan perkara-perkara yang sihat sahaja..
harap reti...

SEMBANG & NOTIS

ONLINE

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Galeri Hidayah | e-mail madrasahidayah@gmail.com