Muhibbin IPTAF Group atau singkatannya MIG adalah merupakan cetusan idea daripada Pengerusi IPTAF sendiri iaitu Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah atas rasa keprihatinan beliau terhadap perlunya satu usaha dakwah dan tarbiyyah yang bersepadu dan berterusan diberikan kepada generasi remaja dan belia masa kini.
MIG adalah wadah bagi golongan remaja dan belia yang mempunyai hasrat untuk bersama-sama dengan IPTAF dalam dakwah menyemarakkan rasa cinta Allah dan Rasul kepada masyarakat. MIG adalah sepenuhnya dibawah pengawasan dan pemantauan pihak IPTAF. Semoga MIG menjadi satu suntikan semangat baru kepada remaja dan belia dalam membina diri ke arah menjadi remaja dan belia yang bertanggungjawab pada diri, agama dan masyarakat.
Moto MIG : "Menyemarakkan Cinta Allah & Cinta Rasul"
Penyertaan terbuka kepada remaja dan belia berumur 16 tahun ke atas.
Matlamat MIG:
1. Menjadi platform kepada remaja dan belia untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam membina diri menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
2. Sebagai wadah bagi remaja dan belia untuk mencurahkan bakat serta kemahiran yang ada dalam menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh MIG dan IPTAF.
Keistimewaan Menjagi Ahli MIG:
Setiap mereka yang menjadi ahli MIG akan dapat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak MIG dan IPTAF. Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dirangka khusus untuk ahli MIG adalah ;
1- Aktiviti konvoi bermotor - setiap 1 bulan sekali. Perancangan terdekat Konvoi Bermotor ke Sekayu pada 24 September 2010.
2- Perkhemahan dan BBQ.
3- Aktiviti kemasyarakatan seperti Opersai Khidmat Masyarakat.
4- Aktiviti sukan seperti memanah, berenang, menunggang kuda dan lain-lain lagi.
5- Kelas Taffaquhfiddin (kelas fardhu ain) setiap Isnin & Rabu selepas Isyak di Ribath Al Hidayah
6- Malam zikir setiap Khamis malam Jumaat.
7- Malam Cinta Allah dan Rasul sekali setiap bulan.
8- Aktiviti kesenian Islam - bacaan qasidah & burdah, mempelajari permainan alatan kesenian Islam seperti kompang, gendang Turki dan seumpamanya.
9- Program zirah ulama dan pondok di seluruh Malaysia.
10- Mengadakan pertemuan dengan ulama antarabangsa seperti Syeikh Yusoff el Bakhour Al Hasani dari Lubnan, Habib Ahmad Soleh dari Yaman, Syeikh Affifudin Al Jailani dari Iraq, Syeikh Rohimuddin dari Mesir & Indonesia dan ramai lagi ulama-ulama antarabangsa yang akan disenaraikan oleh pihak MIG dan IPTAF khusus untuk pertemuan dengan ahli MIG.
11- Melancong ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan seumpamanya. Sebelum ini pihak IPTAF telah mengadakan rombongan seramai 500 orang ke bandar Aceh, Indonesia.
12- Menghadiri majlis kerohanian seperti Daurah Rohani, Kuliah Maghrib di Ribath Al Hidayah
13- Menyertai kelas kemahiran seperti komputer, keusahawanan dan seumpamanya.
14- Menyertai Seminar Ilmu yang dianjurkan oleh pihak IPTAF.
dan banyak lagi manfaat yang bakal diperolehi oleh ahli-ahli MIG yang akan diperkemaskan dari masa ke semasa.
Yuran penyertaannya RM20 (sekali seumur hidup). Setiap ahli mendaftar akan memperolehi baju MIG dan stiker motor MIG.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung atau berkunjung terus ke Ribath Al-Hidayah di Lorong Hk. Da, Batu Burok, Kuala Terengganu.
07 September 2010
Muhibbin IPTAF Group (MIG)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment