Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah
dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli
Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.
"Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau
khayalan, maka di situ ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain
[di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah"
(Tiada Tuhan Melainkan Allah).
Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta
Raya dan Wujud secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud;
atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.
Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa
segala-galanya kecuali Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan
diisbatkan. Wujud Hakiki termasuk dalam "illaLlah". Oleh itu semua
kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dan semua yang dipuji tertakluk di
bawah "illaLlah".
Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan
anda mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia
(dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).
"Muhammadun RasuluLlah" ini mengandungi tiga alam.
* Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang
boleh dipandang dengan deria(senses).
* Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam
batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad; dan ini
terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
* Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut).
Lautan darinya terpancar pengertian dan tanggapan.
"Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana
tanpa dia tidak akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan
yang Qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka
barulah alam ini diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah
seketul tanah liat, tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah.
Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah
meliputi tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan.
Pengisbatan itu difahami dari "Muhammadun RasuluLlah".
Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah" maka ia ketahui
pada hakikatnya bukan hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan
lain melainkan Allah. Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya
mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini, kerana dengan itu
mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat
yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia
sebenarnya.
"Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang
seperti Ia dahulu jua".
Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan
tidak ada yang tinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila
anda berkata anda akan berkata; "Allah, Allah, Allah". Tetapi kini
hati anda dibebankan dan pandangannya lemah. Semenjak anda dijadikan anda
hanya berkata; La-ilaha........ tetapi bilakah penafian itu akan
berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan
lidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan
rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap dari
pandangan anda dan anda akan lihat Allah sendiri, bukannya diri anda
sendiri dan juga makhluk-makhluk lain. Kaum Sufi menafikan wujud yang
lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian dan kerehatan dan
terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafian
anda tidak ada langsung hujungnya............
Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak"
dengan lidah sahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan
dan keyakinan, tetapi akan lenyap dengan pandangan secara langsung dan
berhadapan muka.
"Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).
Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak
perlu isbat. Ini adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat
walaupun belum anda isbatkan, dan yang ghairullah itu sememangnya nafi
walaupun sebelum anda nafikan.
Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana
menafikan ghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati
tidak ada yang lain kecuali Allah?. Maka barulah anda hidup dengan Allah
dan dapat menjadi penghuni "Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas
di Majlis Tuhan Yang Maha Agung", dan ini adalah semuanya hasil daripada
ingat anda dan makrifat anda bahawa "Tiada Tuhan selain Allah".
Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda
tahu ialah berkata; "Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah". Ini
adalah pengetahuan orang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan
pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.
Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami
pengetahuan orang-orang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan
pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat, padahal
mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah? Mereka
bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan keyakinan saja, tetapi mereka
memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa halangan.
Allahu a'lam
04 November 2010
HAKIKAT DUA KALIMAH SYAHADAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Salam Tuan Sheikh,
saya ingin bertanya bagaimana kemasukkan ahli baru dan dimana terdapatnya kelendar kuliah2 akan datang. ingin sekali hendak meziarahi madarasah TS.
wasallam.
Post a Comment