26 February 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H




Majlis ini diadakan pada 25 Feb 2011 di perkarangan madrasah. Majlis bermula lepas dari solat isya'. Dijangka kehadiran semalam dianggarkan mencecah 1000 orang. Sambutan dikalangan pengunjung yang terdiri orang awam dan remaja amat menggalakkan.





Tetamu undangan pada malam itu diantaranya Tuan Guru dari Madrasah Darul Muhajirin iaitu Ustaz Syed Suhaimi (Ku Suhaimi) dan Ustaz Mohd Suplar Yahya (baba suplar) dan juga Tok Ku Syeikh Ibrahim. Turut memeriahkan lagi majlis ini disertai juga para pelajar pondok-pondok disekitar Kuala Terengganu dan pelajar dari IPT pun turut hadir sama.




Majlis dibuka dengan persembahan bacaan qasidah oleh pelajar dari Ribath Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis dan kemudian diiringi pula persembahan dari pelajar Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong dan kemudian persembahan oleh peelajar dari Madrasah Hidayah sendiri. Bacaan Dhiya Ullami' dibawakan oleh pelajar Madrasah Hidayah.


Tausiyah disampaikan oleh Ustaz Syed Suhaimi kemudian tausiyah ringkas disampaikan pula oleh Ustaz Mustaffa Kamal sendiri dan majlis kemudian ditutup dengan doa munajat yang dibawakan oleh Tok Ku Syeikh Ibrahim.








0 comments:

Post a Comment

Al-Hidayah Album

Loading...

PERINGANTAN & AMARAN

Ruangan ini bukan dibuka untuk berhujah..hanyalah untuk bersembang dan bertanya khabar dan perkara-perkara yang sihat sahaja..
harap reti...

SEMBANG & NOTIS

ONLINE

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Galeri Hidayah | e-mail madrasahidayah@gmail.com