
Majliis Sambutan Maulidur Rasul 1432H bersama Habib Mahdi Al-Hamid akan diadakan pada 21 Feb 2011 iaitu hari Isnin malam Selasa di Madrasah Al-Hidayah. Majlis bermula dari Solat Maghrib berjemaah. Persembahan bacaan qasidah dimulai dengan pelajar dari Madrasah Darul Muhajirin (Pondok Bukit Jong) dan diiringi pula oleh pelajar Madrasah Hidayah. Antara tetamu lain yang dijangka hadir sama bagi menyerikan majlis pada malam itu adalah Al-Fadhil Ustaz Syed Suhaimi, Al-Fadhil Baba Suplar Yahya yang merupakan mudir di Madrasah Darul Muhajirin.
Tausiyah Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Habib Mahdi Al-Hamid. Al-Habib ini didatangkan khas dari Yaman. Beliau dilahirkan di Hadramaut, Yaman pada tahun 1976. Melanjutkan pelajarannya Darul Mustaffa, Tarim. Murid kepada Habib Umar Al-Hafidz kemudian berkhidmat sebagai salah seorang pensyarah di Dar Mustaffa hingga sekarang.
Beliau juga bergiat aktif dalam kegiatan dakwah disekitar bumi Hadramaut, disamping menyedikan program-program keagamaan dan juga berdakwah melalui stesyen radio dan tv. Beliau juga menjadi ketua kepada kelab kebudayaan dan kemasyarakatan dan menghimpunkan remaja dalam aktiviti yang bermanfaat.
Dengan kehadiran beliau disini, moga-moga dapat memberikan suntikan dan inspirasi kepada jemaah terutama kepada pihak madrasah sendiri dalam mengembangkan dakwah dan membawa masyarakat supaya tauhid kepada Yang Maha Esa.
Program Al-Habib seterusnya selepas pada majlis di Madrasah Al-Hidayah, pada keesokan harinya akan dijadualkan bertolak ke Kemaman. Pihak Madrasah bercadang untuk mengumpulkan ahli MIG untuk berkonvoi mengiringi Al-Habib. "KONVOI BERSAMA ULAMA' ".
18 February 2011
Maulidur Rasul Bersama Habib Mahdi Al-Hamid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment