
Program diskusi oleh As Syeikh Youssef ini bermula pada 1 dan 2 April 2011 dan telah menerima kunjungan dari pelajar pondok dan orang awam disekitar Kuala Terengganu ini. Program daurah atau diskusi ini merupakan kali kedua oleh Syeikh di Madrasah Hidayah ini yang mana sebelum ini, beberapa tahun yang lalu beliau telah membuat daurah Kitab Haqaiq Tasawuf yang dikarang oleh Syeikh Abdul Kadir Isa. Nama kitab daurah kali ini adalah 'Risalah Marotibus Suluki Hadroti Maliki Muluki' yang disusun oleh beliau sendiri. Kitab Risalah ini merupakan cabutan pendetailan kepada Kitab haqaiq tasawuf.
Program sebegini merupakan salah satu platform kepada para pelajar PONDOK dan orang awam dalam mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang tasawuf.
Penyampaian telah disempurnakan di dalam 4 slot selama 2 hari berturut-turut diselangi dengan masa rehat dan ruangan soalan untuk peserta-peserta. Menerusi kitab ini, pelajar dan jemaah diberi pendedahan kepada apa itu taubah, inabah, sabar, syukur, redha, mahabbah, tawakkal, zuhud.
foto sekitar majlis :
Hari 1 - Jumaat 1 April 2011 (malam)




Hari 2 - Sabtu 2 April 2011 (malam penutup)












04 April 2011
Daurah Kitab Bersama Syeikh Youssef El-Bakhour Al-Hasani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment