03 April 2011

Majlis Dhiya' Ullami' bersama Syeikh Youssef Al-Hasani


Kunjungan Syeikh ke Madrasah Hidayah kali ini adalah dalam program daurah kitab yang akan diadakan selama dua hari. Program daurah kitab ini merupakan kali kedua bagi Syeikh yang mana sebelum ini beliau telah membuat daurah kitab Haqaiq Tasawuf dalam kunjungan pertama beliau ke Terengganu beberapa tahun yang lepas.



Pada sebelah siang (31 April 2011) tadi, As Syeikh telah berkunjung ke UNISZA bagi memenuhi undangan dan program yang telah diaturkan oleh pihak UNISZA sebelum ini.



Program Daurah Kitab bermula pada 1 dan 2 April (Jumaat dan Sabtu) dan memandangkan As Syeikh telah berada di sini, maka pihak Madrasah telah berbesar hati menjemput As Syeikh untuk menghadiri Majlis Dhiya' Ullami' yang diadakan pada setiap minggu ini.


Walaupun tidak dirancang kehadiran Syeikh dalam majlis ini tapi alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran jemaah yang agak ramai dikalangan muslimin dan muslimat.
Walaupun dalam keletihan tapi Syeikh tetap memberikan tausiyahnya kerana gembiranya beliau bersama dengan jemaah Al-Hidayah ini dan tidak mahu menghampakan pengunjung semua.

Syeikh Youssef bersama dengan penterjemahnya Ustaz Fahmi sedang memberikan tausiyahnya.



* Sebahagian dari pelajar Al-Hidayah sedang membaca qasidah dhiya ullami'

* Sebahagian jemaah muslimin yang hadir.



0 comments:

Post a Comment

Al-Hidayah Album

Loading...

PERINGANTAN & AMARAN

Ruangan ini bukan dibuka untuk berhujah..hanyalah untuk bersembang dan bertanya khabar dan perkara-perkara yang sihat sahaja..
harap reti...

SEMBANG & NOTIS

ONLINE

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Galeri Hidayah | e-mail madrasahidayah@gmail.com