
Alhamdulillah, sekali lagi Madrasah Al-Hidayah dikunjungi oleh Syeikh Rohimuddin pada 5 hingga 7 mei 2011. Beliau dijangka akan sampai di Kuala Terengganu pada petang rabu. Majlis ilmu akan bermula pada 5 Mei 2011.
Kali terakhir beliau berkunjung ke Madrasah adalah dalam program daurah kitab iaitu pada penghujung bulan disember 2010. Kemudian beliau datang lagi ke Kuala Terengganu dalam mengisi undangan untuk Majlis Silaturrahim Pondok dan Sambutan Maulidur Rasul di Bukit Jong pada Mac baru-baru ini.
Kedatangan beliau kali ini, bagi memenuhi permintaan pihak Madrasah dalam misi mengembangkan ilmu tauhid tasawuf dikalangan masyarakat disini. Dikesempatan ini juga beliau akan memulakan sesi pengajiannya dengan memberi kuliah umum untuk kaum muslimat yang biasa diadakan setiap pagi khamis oleh Ustaz Mustaffa Kamal. Kemudian majlis akan disambung pula pada sebelah malam dengan acara mingguan yang diadakan pada setiap malam jumaat iaitu Maulid Dhiya Ullami'. Untuk majlis ini akan dimulakan dengan bacaan ratib hadad selepas dari solat maghrib.
28 April 2011
Majlis Tafaqquh Fiddin bersam Syeikh Rohimuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment