Program mingguan yang diadakan pada setiap hari Khamis malam Jumaat ini berjalan dengan baik dan semakin mendapat sambutan orang ramai yang dapat dilihat dari bilangan kunjungan yang semakin bertambah. Alhamdulillah nampaknya masyarakat sedang menerima dan memahami akan kebarokahan majlis yang mana didalamnya ada pujian-pujian kepada Baginda Rasulullah S.A.W.
Majlis pada baru-baru ini iaitu pada 7 April 2011, Madrasah Al-Hidayah telah menerima kunjungan seorang lagi tetamu dari luar. Beliau ialah Habib Abdul Rahman bin Ali bin Hafidz Al-Masyhur dari Yaman. Dengan kehadiran Al-Habib didalam majlis ini, secara langsung menyerikan lagi majlis dan menarik perhatian dan kunjungan yang diluar jangkaan.
Habib Abdul Rahman bin Ali Al-Masyhur adalah merupakan Mudir Darul As-Sofa di Sanaa', Yaman. Bapanya iaitu Habib Ali bin hafidz Al-Masyhur adalah seorang mufti di Tarim, Hadramaut. Beliau juga merupakan anak saudara kepada Habib Umar bin Hafidz, ulama' yang terkenal diseluruh pelusuk dunia masakini.
Program pada malam itu dimulai dari solat Maghrib berjemaah bersama Al-Fadhil Ustaz Mustaffa kamal yang kemudiannya diteruskan dengan bacaan Ratib hadad yang dipimpin oleh beliau sendiri. Selepas dari solat Isya', sementara menunggu ketibaan Al-Habib majlis diteruskan dengan alunan bacaan qasidah oleh pelajar-pelajar Madrasah Al-Hidayah.
Thola'al Badru 'alayna mengiringi ketibaan Al-Habib ketika beliau tiba dan mula melangkahkan kakinya menuju masuk ke Madrasah Al-Hidayah dan semua pengunjung bangun menyambutnya dan sebagai tanda menghormati. Al-Habib diiringi masuk oleh Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal dan Ustaz Najmuddin yang merupakan penterjemahnya.

majlis diteruskan lagi dengan bacaan Maulid Dhiya' Ullami' dan seterusnya tausiyah dan diakhiri dengan doa munajat oleh Al-Habib.

Diakhir majlis, semua para jemaah dapat bersalaman dengan Al-Habib dan semoga kebarokahan dan rahmat Allah sentiasa bersama jemaah yang hadir pada malam itu. Amiin.


*foto sekitar majlis









12 April 2011
Malam Meniti Kasih & maulid Dhiya' Ullami' bersama Habib Abdul Rahman Al-Masyhur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment