06 June 2011

Sekitar Majlis Tafaqquh Fiddin - Syeikh Rohimuddin





Ketibaan Syeikh Rohimuddin di lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada hari rabu 4 Jun 2011. Kesesokannya untuk kuliah dhuha muslimat yang biasanya dibaca kitab Minhajul Abidin oleh Ustaz Mustaffa Kamal telah gdiganti pengajiannya dengan majlis bicara ilmu bersama Syeikh. Kehadiran para muslimat yang agak ramai memeriahkan lagi suasana pagi di Madrasah Hidayah pada hari itu.




Pada malamnya, maulid Dhiya Ullami agak berlainan sedikit dan agak menarik kerana Syeikh sendiri membawakan beberapa buah qasidah dengan diiringi oleh beberapa muridnya. Kemudian majlis disudahi dengan tausiyah ringkas oleh syeikh.





















sesi majlis pengajian bermula pada pagi hari jumaat dan disambung lagi lepas waktu isya'. Dan untuk sesi pengajian pada pagi sabtu, kali ini as-Syeikh membaca Kitab Al-Hikam. Sempat juga beliau matang 1 hingga 5.






Majlis penutup pada malam hari sabtu agak meriah juga.
Majlis bermula dari lepasa solat maghrib dan kemudian diadakan bacaan qasidah oleh pelajar Madrasah Hidayah dan diselang-selikan bacaan qasidah oleh Syeikh Rohimuddin. Ternampat seperti pertandingan pula...menarik dan suasana menjadi meriah ditambah lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar pondok Darul Muhajirin (Bukit Jong). Kehadiran para muslimat juga agak ramai dan agak bersesak sedikit dek kerana keluasan dibahagian muslimat agak terhad.











Walaupun suasana agak panas sedikit disebabkan cuaca, tapi pengunjung tetap ceria dan majlis berjalan dengan lancar. Diharapkan majlis seperti akan berterusan ..Tahniah kepada pihak pengurusan dan warga kerja Madrasah Al-Hidayah yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini. Alhamdulillah.


















0 comments:

Post a Comment

Al-Hidayah Album

Loading...

PERINGANTAN & AMARAN

Ruangan ini bukan dibuka untuk berhujah..hanyalah untuk bersembang dan bertanya khabar dan perkara-perkara yang sihat sahaja..
harap reti...

SEMBANG & NOTIS

ONLINE

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Galeri Hidayah | e-mail madrasahidayah@gmail.com