02 October 2011

Habib Najmudin Al-Hawi bersama Habib Al-Hadi

0 comments

Sempena dengan Program Majlis Haul yang diadakan di Masjid Zainal Abidin (Masjid Putih) pada 30 Sept 2011, dilangsungkan juga satu Seminar Perdana yang membentangkan kertas kerja dan syarahan. Tajuk berkenaan "Imam Al-Hadad dan Pemikirannya". Dalam program ini, ulama' jemputan dari dalam dan luar negara yang hadir adalah antaranya Habib Al-Hadi dari Indonesia dan habib Najmuddin Al-Hawi dari dalam negara.

Alhamdulillah dengan kesempatan ini, pihak Madrasah Al-Hidayah telah menjemput kedua-kedua mereka ini untuk mengadakan majlis Ratib Hadad dan Maulid Dhiya Ullami pada malam sebelum program di Masjid Putih.



Program dimulai dengan solat maghrib berjemaah. Para jemaah mula memenuhi ruang madrasah sebaik solat maghrib dimulakan. Sejurus selepas solat, Al-Habib pun tiba dengan dijemput oleh jemaah Al-Hidayah dari tempat penginapan beliau di Permai Park Inn.



Majlis dimulai dengan bacaan Ratib Hadad yang dipimpin oleh Habib Najmuddin. Selepas dari solat Isya', majlis diteruskan lagi dengan Maulid Dhiya' Ullami yang dipimpin oleh pelajar Madrasah Al-Hidayah.







Selesai Maulid Dhiya Ullami, majlis diteruskan lagi dengan tausiyyah oleh Habib Najmuddin dan kemudian oleh Habib Al-Hadi dari Indonesia. Majlis ditutupi dengan bacaan Solawat ke atas Rasulullah dan para jemaah diberi peluang untuk bersalam-salaman dengan Al-Habib. Majlis bersurai kira-kira jam 10.40 malam.

Walaupun hujan tetapi sambutan malam itu agak meriah dengan kehadiran para jemaah. Insya Allah nanti pada awal bulan Oktober 2011, Syeikh Rohimuddin akan berkunjung lagi ke Madrasah ini. Sama-samalah kita mengambil manfaat dari program yang dianjurkan ini.




























baca seterusnya...

Al-Hidayah Album

Loading...

PERINGANTAN & AMARAN

Ruangan ini bukan dibuka untuk berhujah..hanyalah untuk bersembang dan bertanya khabar dan perkara-perkara yang sihat sahaja..
harap reti...

SEMBANG & NOTIS

ONLINE

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Galeri Hidayah | e-mail madrasahidayah@gmail.com