19 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H di Madrasah Al-Hidayah


Sambutan maulid akbar Madrasah Al-Hidayah yang diadakan pada 16 Feb 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433H baru-baru ini amat meriah dan menarik dengan setup pentas penceramah yang dihiasi dengan 'backdrop' yang menarik dan juga dilengkapi dengan sokongan lampu sorot yang disewa khas menyerlahkan lagi seri suasana majlis pada malam itu.


Penceramah undangan yang dibawa dari Hadramaut, Yaman iaitu Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Dar Mustafa dan juga murid kanan kepada ulama' tersohor Habib Umar Al-Hafiz.



Majlis yang bermula dari selepas solat maghrib ini dibuka dengan persembahan qasidah oleh pelajar dari Madrasah Darul Muhajirin yang lebih dikenali dengan Pondok Bukit Jong dan juga adik-adik pelajar Ribath Syeikh Abdul Malik, Pulau manis, Serada. Ruang solat madrasah terpaksa dikhaskan untuk jemaah muslimin sahaja sementara untuk para muslimat dibuka ruang di tingkat atas bahagian madrasah. Ini adalah untuk menampung pengunjung yang hadir pada malam itu.






Acara kemuncak majlis bermula selepas solat isyak, di pentas utama yang disediakan di luar madrasah. Sementara menanti ketibaan Al-Habib, para pengunjung dihidangkan dengan persembahan qasidah oleh pelajar Madrasah Al-Hidayah yang diketuai oleh Ustaz Fendi yang lebih mesra dikenali dengan panggilan 'tok imam'. Qasidah 'Ya Rasulullah' yang dibawa bersama oleh Hafizullah dan Syed Amir adalah sebagai pembuka majlis bagi acara kemuncak ini dan diteruskan lagi dengan bacaan maulid dhiya ullami.





Tausiyah oleh Al-Habib pada malam itu walaupun ringkas tapi padat dengan nasihat dan peringatan kepada kita semua. Semoga dengan kedatangan Al-Habib pada malam itu sebagai penyebab turunnya barokah kepada para hadirin dan hadirat sekelian. Insya Allah.




























0 comments:

Post a Comment

Al-Hidayah Album

Loading...

PERINGANTAN & AMARAN

Ruangan ini bukan dibuka untuk berhujah..hanyalah untuk bersembang dan bertanya khabar dan perkara-perkara yang sihat sahaja..
harap reti...

SEMBANG & NOTIS

ONLINE

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Galeri Hidayah | e-mail madrasahidayah@gmail.com